Seni Olmek Olmek

"Nenek", Tugu 5 di La Venta (salinan)

Bentuk kesenian Olmek menumpu kepada kedua-dua patung tugu dan ukiran jed kecil. Kebanyakan kesenian Olmek bercorak kasar (highly stylized) dan menggunakan bayangan ikon (iconography reflective) pengertian keugamaan dalam hasil seni. Sesetengah seni Olmek, bagaimanapun, kelihatan hidup, membayangkan gambaran jitu mengenai anatomi manusia kemungkinannya menyamai Pre-Kolumbian Dunia Baru hanya oleh kesenian era Klassik Maya. Motif biasa termasuk mulut terjuih (melenkung kebawah) dan mata sepek (slit-like slanting), keduanya boleh dilihat dalam kebanyakan gambaran Jaguar jadian. Patung Olmek juga banyak terdapat di tapak seluruh Tempoh Pembentukan (Mesoamerikan).

Tambahan kepada gambaran manusia, artis Olmek juga mahir mengambarkan haiwan, contohnya barangan seramik ini "Bekas Burung" Olmek kunu, bertarikh sekitar 1000 SM. Seramik dihasilkan dalam tanur berkeupayaan melebihi 900° C. Kebudayaan sprasejarah lain yang diketahui mampu mencapai suhu tinggi sedemikian adalah Mesir Kunu [3].

Kepala patung raksaksa Olmek

Kemungkinannya seni Olmek yang paling dikenali adalah kepala bertopi yang besar. Disebabkan tiada teks pre-Kolumbian menjelaskan ukiran ini, tugu mengkagumkan ini merupakan tumpuan banyak spekulasi. Melihatkan kelainan setiap satunya, kepala ini kelihatannya merupakan potret pemain bola terkenal atau raja-raja yang diletakkan sebagai hiasan bagi perlawanan bola.

Menurut Grove,[4] unsur unik dalam pakaian kepala (headgear) juga boleh dikenali dalam tudung kepala patung manusia di tugu Persisiran Teluk yang lain, mencadangkan bahawa ini merupakan simbol individual atau kumpulan.

Kepala ini berbeza saiznya dari kepala Rancho La Corbata, pada ketinggian 3.4 m, kepada pasangan di Tres Zapotes, pada 1.47 m. Sesetengah sumber menganggarkan bahawa yang terbesar seberat sehingga 40 tan, sungguhpun kebanyakannya dilaporkan seberat 20 tan.

Kepala ini diukir dari seketul blok atau ketulan basalt gunung berapa, yang dikuari di Gunung Tuxtla. Ia kemungkinannya kepala ini di bawa di atas rakit (balsa) yang besar dari kuari Llano del Jicaro ketempat akhir mereka. Untuk sampai ke La Venta, sekitar 80 km (50 batu) jauhnya, rakit ini perlu berlayar keluar mengelakkan air bergelora Teluk Campeche.

Sesetengah kepala, dan kebanyakan tugu peringatan lain, telah dicacatkan, ditanam dan dialih (disinterred), dipindahkan ketempat baru dan/atau ditanam semula. Samaada tindakan ini dilakukan sebagai upacara atau disebabkan pertelingkatan atau pergeseran masih belum dapat ditentukan.

Terdapat 17 kepala besar udbongkar setakat ini.

SiteNumberDesignations
San Lorenzo10Kepala Besar 1 hingga 10
La Venta4Tugu Peringatan 1 hingga 4
Tres Zapotes2Tugu Peringatan A & Q
Rancho la Corbata1Tugu Peringatan 1

Rancho La Corbata terletak berhampiran Tres Zapotes.

Perniagaan dan pembuatan tembikar

Pada March 2005, sekumpulan pasukan arkhaeologis menggunakan NAA -penganalisa pengaktif neutron - (neutron activation analysis) untuk membandingkan lebih dari 1,000 seramik stail Olmek Mesoamerika silam dengan 275 contoh selut sebagai "tandatangan" asal tembikar. Mereka mendapati bahawa "Olmek membungkus dan mengeksport kepercayaan mereka keseluruh kawasan tersebut dalam bentuk reka bentuk dan bentuk seramik khas, yang dengan pantas menjadi lambang status elite dipelbagai kawasan di Mexico silam"[5].

Sebagai balasan, pada Ogos 2005 kajian lain, kali ini menggunakan petrografi, mendapati "pertukaran bekas antara tanah tinggi dan tanah rendah kebanyakannya adalah duahala." [6]. Lima dari contoh yang digali di San Lorenzo "jelas" berasal dari Oaxaca. Menurut salah seorang arkhaeologi yang melakukan kajian ini, ini 'berlawanan dengan dakwaan terkini yang menyatakan Persisiran Teluk merupakan sumber tunggal tembikar" di Mesoamerika.

Rujukan

WikiPedia: Olmek http://www.findarticles.com/p/articles/mi_m1026/is... http://www.nytimes.com/2005/03/15/science/15olme.h... http://web.mit.edu/org/m/materialculture/www/rubbe... http://www.nd.edu/~sniteart/collection/Galleries/M... http://www.news.wisc.edu/11377.html http://www.ncbi.nlm.nih.gov/entrez/query.fcgi?cmd=... http://www.nsf.gov/od/lpa/news/02/pr0297.htm http://www.archaeology.org/online/features/olmec/i... http://www.latinamericanstudies.org/olmec-colossal... http://www.metmuseum.org/toah/hi/hi_cebu.htm